Cara Menjawab Rumusan (Formula PSTK)
Rumusan
Kata Sinonim
- sebab/faktor/punca
- langkah/usaha/cara/cadangan/tindakan/teknik
- akibat/impak/implikasi/kesan
- faedah/manfaat/kebaikan/kepentingan/kelebihan/kesan positif
- sumbangan/jasa/pengorbanan
- masalah/kekangan/halangan/cabaran/rintangan/karenah
- tugas/tanggungjawab/peranan
- ciri-ciri/kriteria/sifat
- keburukan/kelemahan/kekurangan/kesan negatif
- kemampuan/potensi
FORMULA PSTK
P: Pendahuluan (2 markah)
S: Isi Tersurat (12 markah)
T: Isi Tersirat (4 markah)
K: Kesimpulan (2 markah)
Bahasa : 10 markah
Pendahuluan
Teknik 1
XX Petikan membincangkan kata sinonim + soalan isi tersurat dalam kalangan pelajar/masyarakat/remaja.... di Malaysia. / di seluruh (seantero) dunia.
Teknik 2
XX Rumusan ini membincangkan soalan isi tersurat dan soalan isi tersirat.
Teknik 3
XX Petikan merumuskan soalan isi tersurat dan soalan isi tersirat.
XX ...(Langkah-langkahnya) ialah subjek isi tersurat 1. Seterusnya, subjek isi tersurat 2. Selain itu, subjek isi tersurat 3. Di samping itu, subjek isi tersurat 4. Bukan itu sahaja, subjek isi tersurat 5. Tambahan lagi, subjek isi tersurat 6.
XX .....Soalan isi tersirat ialah subjek isi tersirat 1 dan isi tersirat 2.
XX Kesimpulannya, subjek (semua pihak/masyarakat/pelajar/remaja/ibu bapa/pihak sekolah/pihak kerajaan...) haruslah/hendaklah/mestilah/haruslah/janganlah cadangan (supaya dapat/agar dapat/kerana/untuk/bagi...) harapan.
(120 patah perkataan)
Ulasan
Catat Ulasan