Analisis Kertas 1 Bahagian B

ANALISIS PERBANDINGAN SOALAN BAHAGIAN B
NO 2010 - NOV 2019
(MENGIKUT SOALAN & TEMA)

TAHUN
SOALAN 
 1
SOALAN 
 2
SOALAN 
 3
SOALAN 
 4
SOALAN 
 5

NOV
2010
Perbincangan - Peranan anda untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin.
Tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa.
Peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara.
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit H1N1.
Cerpen - Peribahasa “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”

JUN
2011
Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada sesuatu hobi.
Komen - sesetengah pihak berpendapat bahawa ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak yang meningkat remaja berbanding dengan perhatian yang diberikan semasa anak-anak di sekolah rendah.
Rencana - Potensi Industri Kraf Tangan di Malaysia.
Malaysia berhasrat untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa - langkah yang perlu dilakukan untuk merealisasikan hasrat tersebut.
Cerita - budi dan jasa seseorang itu akan tetap dikenang walaupun sudah meninggal dunia.

NOV
2011
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan cita-cita anda.
Huraikan peranan keluarga bagi menangani masalah perlakukan negatif remaja.
Syarahan - Perpaduan rakyat asas kemajuan dan kemakmuran negara.
Perbincangan - ICT membolehkan masyarakat dunia kini berkomunikasi dan memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah, cepat dan murah.
Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri sahabat yang baik - Kepentingan memilih sahabat.

JUN 2012

Perbincangan - Kerjaya seseorang anak lebih baik ditentukan oleh anak itu sendiri daripada ditentukan oleh ibu bapa.
Pendapat - Kebaikan dan keburukan pertambahan saluran televisyen.
Syarahan - Pertanian satu perniagaan
Huraikan bantuan-bantuan yang perlu dihulurkan oleh negara-negara di dunia kepada negara-negara yang menghadapi bencana alam.
Peribahasa “bertangguh itu pencuri masa” - jelaskan kepentingan menguruskan masa dengan baik.
NOV
2012
Pendapat - faedah menyertai program motivasi
Rencana - menjaga kebersihan tanggungjawab kita bersama
Huraikan kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.
Jelaskan kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal.
Peribahasa “air dicincang tidak akan putus” - cerita

JUN
2013
Pendapat - kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Begitulah tingginya nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa terhadap anak-anak.
Huraikan usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan masyarakat bersenam dan bersukan.
Jelaskan persediaan yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk merealisasikan hasrat mencapai status negara maju.
Pidato - Kemanan dunia milik masyarakat sejagat.
Ulas - anda telah menonton sebuah drama yang disiarkan di televisyen. Drama tersebut meninggalkan kesan yang mendalam kepada anda.

NOV
2013
Jelaskan usaha yang dapat dilakukan untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang.
Rencana - peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak.
Huraikan kebaikan yang diperoleh jika negara kita mempunyai rakyat berminda kelas pertama.
Perbincangan - Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa membawa pelbagai kebaikan kepada negara penganjur.
Cerita - Penghargaan terhadap jasa guru untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

JUN
2014
Cerita - penglibatan anda dalam menjayakan majlis sambutan hari keluarga.
Penjagaan terhadap warga tua sepatutnya diberikan keutamaan oleh ahli keluarga - berikan hujah untuk menyokong
Ulas - perkembangan pelbagai bidang industri di negara kita
Jelaskan usaha yang dapat dilakukan pada peringkat antarabangsa untuk menangani perubahan cuaca dunia.
Perbincangan - langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan generasi muda dapat mengamalkan, menghormati dan menghargai pelbagai budaya ini.                               

NOV 2014
Syarahan - Pengurusan masa berkesan melahirkan individu cemerlang.
Peranan setiap ahli keluarga dalam membantu anak-anak ketika menghadapi sesuatu masalah.
Perbincangan - usaha kerajaan memajukan bidang pertanian memang wajar kerana bidang ini memberikan pelbagai kebaikan kepada rakyat dan negara.
Bentuk-bentuk kerjasama antara negara-negara di dunia - usaha membanteras penyeludupan dadah.
Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera.

JUN 2015
Kelebihan apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa.
Syarahan - yang tua dihormati, yang muda disayangi.
Huraikan bagaimana keindahan alam semula jadi dan keunikan bentuk muka bumi itu dapat dijadikan  produk pelancongan bagi menarik pelancong datang ke Malaysia.
Pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian seseorang ahli sukan.
Drama di pelbagai saluran televisyen tempatan sarat dengan pengajaran.

NOV
2015
Laporan - kejadian bencana alam dan bantuan yang diberikan oleh pasukan sukarelawan.
Ulas - aktiviti rekreasi membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat.
Kepentingan mengekalkan budaya warisan kaum.
Usaha pelbagai pihak mengekalkan keamanan sejagat.
Jelaskan perkara-perkara yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita setelag membaca karya sastera.

JUN
2016
Ulas - pelbagai aktiviti di sekolah untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Langkah yang perlu kita lakukan untuk kesihatan sepanjang hayat.
Pidato - bahasa kebangsaan pemangkin perpaduan rakyat.
Perbincangan - kemajuan infrastruktur memainkan peranan penting dalam meningkatkan eksport negara kita.
Huraikan pengajaran-pengajaran daripada pantun yang berkaitan dengan kepentingan budi.

NOV
2016
Ceramah - cara mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dalam kalangan murid.
Huraikan peranan ahli keluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran-cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya Barat.
Komen - sikap kurang prihatin terhadap alam sekitar telah menyebabkan berlakunya banjir yang membawa pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.
Perbincangan - tahap kesedaran masyarakat tentang penyakit berbahaya yang mengancam nyawa manusia.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara menghargai sumbangan golongan sasterawan di negara kita.

JUN
2017
Cara-cara menangani stres.
Kebaikan  melancong bersama-sama keluarga.
Syarahan - peranan sukan dalam mengharumkan nama negara.
Manfaat program pertukaran pelajar antara negara.
Peribahasa “setinggi-tinggi terbang kerbau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga” - cerita


NOV
2017
Komen - setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga.
Huraikan peranan sekolah dalam pemupukan alaman mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid.
Langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatnya.
Rencana - Kebaikan penggunaan TMK kepada masyarakat antarabangsa.
Kebaikan yang diperoleh individu yang bersifat pemurah.


JUN
2018
Ulas - kerjaya seseorang dipengaruhi oleh beberapa fakor seperti minat, bakat, kemahiran dan pencapaian akademik.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara berjimat cermat.
Rencana - amalan gaya hidup sihat dapat meningkatkan kualiti hidup.
Keistimewaan sebuah negara lain yang menjadi pilihan anda.
Peribahasa “ukur baju di badan sendiri” - Perbincangan.

NOV
2018
Huraikan faedah penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.
Ulas - ibu bapa perlu memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi.
Pidato - sukan mengukuhkan perpaduan.
Perbincangan - Kepentingan hubungan baik Malaysia dengan negara luar dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sosial dan ekonomi.
Manfaat karya sastera seperti novel diadaptasi dalam bentuk drama atau filem kepada pelbagai pihak.

JUN
2019
Jelaskan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Perbincangan - faktor yang menyebabkan perniagaan tersebut mendapat sambutan.
Pidato - amalan nilai murni melahirkan masyarakat harmoni.
Huraikan bentuk kerjasama antara negara di dunia bagi menjaga alam sekitar.
Faedah membaca karya sastera.

NOV
2019
Ulas-ibu bapa memainkan peranan penting bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Perbincangan-langkah untuk menangani masalah segelintir masyarakat yang sering membuang sampah di merata-rata tempat dikatakan masih berlaku di negara kita.
Laporan-Kelab Bimbingan dan Kerjaya sekolah anda telah menganjurkan lawatan ke Ekspo Pendidikan 2019  yang diadakan di sebuah univeristi tempatan.
Jelaskan usaha-usaha untuk memasarkan produk-produk makanan keluaran Malaysia seperti makanan ringan, makanan dalam tin dan makanan sejuk beku berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
Pada masa sekarang peribahasa ‘jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman’ sering dikaitkan dengan aktiviti pelancongan yang mendatangkan banyak faedah kepada seseorang - huraikan faedah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penanda Wacana Karangan Bahagian A & B (Kertas 1) SPM

Cara Menjawab Rumusan (Formula PSTK)

Morfologi SPM